Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 2 April 2013

Aku dan dia...

Hari ni kali kedua aku buka dan dapat tengok drama Adam dan Hawa.
Episod kali ni buat di Tanah Suci.
Aku lihat KAABAH.

Hati jadi sebak tiba-tiba.
Aku nampak pelakon bernama Adam dan Hawa itu macam aku dan abang.
Aku teringat kisah 9 tahun lalu...

Aku dijemput ALLAH menjadi tetamu-NYA.
Aku menghadap kaabah-NYA.
Hati dan fikir kosong.
Sekosong-kosongnya.
Yang aku tahu, aku hanya ingin berdoa dan meminta yang terbaik...
Aku berdoa dan berdoa...
Aku meminta pada-NYA.
Aku berserah seluruh jiwa ragaku pada-NYA.
Hanya pada-NYA.
Aku larut dalam airmata dan rintihan doa.
Dengan sepenuh hati.
Dengan sungguh-sungguh.
Lama.

Bila tersedar, bahuku dicuit.
Bapa di sebelah memberi isyarat ajak pulang ke hotel.
Kebetulan Bonda sakit ketika itu.
Lalu aku bangun dan berpusing membelakangi kaabah-NYA.
Siapa yang terbayang di depan mataku?
Setiap kali doa itu kupohonkan...
Setiap kali aku berpaling ingin pulang...
Setiap kali itulah wajah abang jelas terpampang di ruang mata.
Lalu tanpa prejudis, aku biarkan bayangan itu berlalu.

Berbulan-bulan kemudian...
Barulah aku ceritakan kepada abang...
Setelah pelbagai peristiwa antara aku dan abang berlaku.

Hingga kini, aku ralat kalau ada yang cuba mengeruhkan
hubungan aku dan abang.
Aku tahu dia jodoh anugerah ALLAH padaku.
Dia jodoh terbaik yang ALLAH tentukan buatku...
yang ALLAH berikan jawab-NYA ketika aku bermohon dan meminta
daripada-NYA di Tanah Suci-NYA; di hadapan Kaabah-NYA.

2 ulasan:

  1. whatever dik, kita dah menempuh satu perjalanan yang penuh dugaan.

    BalasPadam
  2. Manis sebenarnye kak...kalau kita lihat semula dengan mata hati.

    BalasPadam