Hehehe...macam citer kat tv plak tajuknye...
Ye, kisah tentang Putera H yang makin banyak karenah.
Semua benda yang ummi dan ayah ada, mesti juga ada satu salinan pada dia.
Begitu juga dengan kunci rumah...
Kisah 1
Bulan lepas, Putera H ikut ayah balik ke Little House.
Dia tengok ayah ada kunci mangga pintu gril...
Dia pun sibuk2 nak buka sendiri kunci tersebut.
Ayahnya izinkan dan ajar pula dia buka kunci sendiri.
Lepas itu, automatik kunci tersebut jadi milik dia.
Ayahnya mintak nak simpan dia kata,
"ni punci (penggantian konsonan) Ayeye".
Sampailah ayahnya nak hantar semula dia ke rumah
kami di Penang.
Bila nak kunci mangga tersebut, kunci tak jumpa.
Nak tanya Putera H, dia tidur pulak.
Sudahnya, ayah tukar mangga lain.
Kisah 2
Kami terpaksa balik ke Little House tergesa-gesa sebab
ummi nak kena isi SKT dan fail penting masih di Little House.
Waktu kami balik, ayah keluar daerah.
Semasa baru sampai, kami lepak di rumah Mak lang Putera H dan Putera M.
Hampir senja baru kami balik ke Little House.
Tak jauh mana pun... 20-30 meter je jaraknya...
Sampai di Little House, nak buka mangga tak boleh...
Badan memang demam tambah pula dalam keadaan terpaksa...
tentu saja tak larat dan sangat keletihan.
Telefon ayahnya, nak tanya kunci...
tak jawab pula..
hari dah makin gelap.
Sampai satu tahap, dah mula menangis sebab terlalu geram.
Bila ayah angkat telefon 15 minit kemudian,
tak pasal2 ayah kena marah...
sebab tukar kunci mangga tak bagitau.
5 minit kemudian, Mak langnya datang bawak kunci selonggok.
Cuba2...alhamdulillah berjaya.
Kalau bagitau awal, kunci ada pada Mak langnye...kan kurang dosa ummi kat ayah...
huhuhu...
Kisah 3
Kami balik ke Little House hari minggu.
Putera H dan Putera M ikut ayah keluar ke pekan.
Balik rumah, ayah bagitau Putera H korek2 kat tempat duduk belakang
dan bagitau ayah...
"ni punci Ayeye...".
Huhuhu...geleng kepala ayah sebab dah seminggu ayah cari kunci tu tak jumpa.
Kunci mangga pintu gril Little House sebelum ditukar sebab kunci hilang.
Rupa2-nya bukan hilang...
Putera H siap sorok sebab kata itu kunci dia.
Dan ayah, dah beberapa kali punggah semua tempat dalam kereta
untuk cari kunci itu.
Putera H pegang kunci itu sampai tido malam.
Kami semua tak diizinkan simpan apetah lagi pegang kunci dia.
Bila cuba simpan, putera H melalak macam kena dera.
Subuh2 waktu ayahnya nak pegi surau...
terpaksa cari kunci bawah belakang putera H.
Ambik pelan2 je takut dia sedar.
;P
Kisah 4
Ayah punggah kotak barang nak cari alat tukangnya.
Putera H nampak selonggok kunci mangga..
terus ambil, pergi ke pintu dan cuba buka mangga...
Berjaya.
Bermulalah satu episod lagi...
Kisah Putera H dengan kunci_gril asik terkunci nak keluar
masuk pun payah_Putera H berguling melalak kalau ambik kunci die...
huhuhu...