Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 27 Disember 2011

Hati....hati-hati?

Bila hati rasa tidak tenang...
inginku pergi jauh...
sejauh kutub utara
sejauh kutub selatan.

Bila hati rasa tidak tenang...
Aku ingin luahkan
namun tiada siapa mengerti
akhirnya kusimpan sendiri.

Bila hati rasa tidak tenang...
Aku rindukan bonda
luahlah apa saja
Bonda akan dengar dengan setia
memberi nasihat
dan kadang-kala turut terasa
luahlah apa saja
di dadanya kuhambur airmata.

Bila hati rasa tidak tenang...
baru kumengerti aku sebatang kara
hanya ILAHI tempat bermanja
mengharap kasih YANG MAHA ESA
memohon kekuatan jiwa menempuh segalanya.

Jumaat, 23 Disember 2011

Selamat Ualangtahun...

Beberapa tahun telah berlalu...
selepas menempuh pelbagai onak, duri, ranjau sepanjang jalan...

Terima kasih abang atas segalanya...

Syukran ya ALLAH atas segala kurnia-MU...

Selamat Ulangtahun sayang...

Khamis, 22 Disember 2011

Cancel cuti!

Cancel cuti sebab pulut bersantan!

Kalau nak kata aku tak ikhlas pun...
katalah....

Sabarlah wahai hati...
Mati nanti pun kita sendiri juga...
Tiada yang menemani...
kecuali amal dan doa zuriat yang soleh.

Lalalalalala.....

Rabu, 21 Disember 2011

Sedap ke, pulut bersantan?

Korang takut tak, kalau apa-apa yang korang sebut
atas nama cacian, cercaan, hinaan, sindiran...
tiba-tiba terkena semula atas batang hidung korang?
Lebih malang lagi...kena ke atas orang yang anda sangat2 sayang....
seperti anak2 korang sendiri...

Dan korang terpaksa melihat penderitaan orang yang korang sayang
tetapi tak mampu nak tolong.

Dan korang juga terlupa sebenarnya, semua itu kifarah atas kecabulan
melampau mulut dan lidah korang sendiri...

Dan penderitaan orang yang korang sayang disebabkan oleh mulut dan lidah korang tu,
dibantu pula oleh orang yang korang caci, cerca, hina, dan sindir satu masa dulu.

korang takut tak??

Pantun khas untuk anda yang senasib seperti di atas...



Kerana pulut santan binasa


kerana mulut badan binasa.



Renung-renungkanlah...

Khamis, 15 Disember 2011

Titleless Thursday

1
Putera 2: Bam...!
Ummi: Ya...
Putera 2 : Upacicapu..?
Ummi: ???

2
Putera 2 : Bam...!
Ummi: Ya...
Putera 2: Cupapu...!
Ummi: ???

3
Putera 2: kakak tuwa...nyanyi! Bam...bam...
Ummi: Ya...
Putera 2: Kakak tuwa...nyanyi!
Ummi: (kena nyanyi lagu burung kakak tua sampai habes...)

4
Putera 2: kakak... bam...kakak...
Ummi: Ya...kakak...
Putera 2: Kakak canteekkk....
Ummi: ??!!!

Ermmm...alahai!


Selasa, 13 Disember 2011

Kalahkan Menteri...

Mohon maaf kepada yang sudi singgah ke blog tak seberapa ni...
Sangat bz kalahkan menteri layaknya...
Maklum sajalah semester dah nak berakhir, tahun 2011 pun dah hampir ke penghujung...
makin banyak perkara yang perlu disiapkan demi mengejar dateline.

Ramai juga yang singgah walau blog tidak diupdate.
Terima kasih banyak diucapkan.

Kalau mencari persoalan poligami...
nampaknya situasi dan masa tidak mengizinkan untuk
penulis blog berkisah tentang isu tersebut.
Nanti-nantilah bila semua dah selesai...
ada kelapangan sikit, kita akan kupas lagi isu tersebut.

Tapi nanti, jangan ada pula yang melenting.
Cuma nak berkongsi apa-apa yang boleh dikongsi sahaja.

Hal lain...
Sabtu baru lalu ni, kami buat kenduri di Little House.
Kenduri tahlil dan kenduri akad nikah.
Ada saudara jauh menumpang untuk akad nikah warisnya.

Maka berkubanglah di dapur lebih 24 jam.
Sudahlah sampai dari New Castle sehari sebelum kenduri...
Malamnya terus buat persediaan masakan.

Walaupun ada sedikit ralat sebab badan dah tak larat...
sampaikan nak buat tepung talam jadi kasui...
kek karot pun sedikit kasar teksturnya...
Tapi alhamdulillah, semua tetamu menjamu selera semahunya.
Siap bungkus bawa balik lagi...

Puteras jadi tak tentu arah sebab seronok+letih+
lapar (Bagi makan, taknak makan)+mengantuk+ nak main lagi...
Maka banyaklah aksi2 akrobatik yang terpaksa aku tengok dan handle.

Apapun, pengantin selamat diakadnikahkan...
kenduri pun alhamdulillah...memuaskan hati semua pihak yang hadir.

Dan tak semena-mena...sakit pinggang dan belakang
yang dah 2 minggu kuderitai (cheewah!) lega....
Berkat kenduri kesyukuran yang kami adakan agaknya...
Syukran ya ALLAH...

Khamis, 1 Disember 2011

Khamis tanpa tajuk...




Hidup ini hebat.

Allah swt menjadikan setiap sesuatu dengan beralasan dan bersebab.



30 tahun hidup memang satu masa yang panjang.

Pelbagai ragam dan rencah karenah telah dilalui.



Dulu masa kecil, tak pernah terfikir perjalanan hidup sebegini.

Tapi bila semakin dewasa...

banyak perkara tidak terduga yang terpaksa kita tempuh.



Ragam zaman remaja

mencabar tetapi tidak begitu dalam kesannya.

Berdepan dengan kawan2 yang taasub dengan sesuatu perkara.

Contohnya; lagu, individu, hobi, dsb...

Ada yang tinggal parut lama tapi sakitnya

sebentar cuma.



Tapi bila masuk alam dewasa...

Ragam manusia lagi banyak.

Ingatkan dah usai perihal diri sendiri,

tak perlu fikir hal orang lain...

rupanya tidak.


Baru-baru ini...

baru aku tahu ada speciality orang yang aku tak boleh

ambil-alih.

Walaupun aku boleh buat sebaik individu tersebut...

tapi ianya menyebabkan ramai yang enggan

hadir ke majlis aku.



Aku minta abang izinkan aku buat keputusan sendiri

selepas ini.

Aku mahu pembaharuan.

Aku mahu perbezaan.

Bukan ulang tayang atau perbandingan.



Tapi, macam biasa...

bila sakit mula terasa...

aku akan bangun dan kembali ke tempatku.

Enggan menambah parah di hati.

Lalu diri kubawa pergi...

Biarlah apa orang kata...

aku takkan berbicara.

Satu waktu, bila aku kembali...

aku takkan peduli apa-apa lagi.