Ayah: Adik, mana abang?
Ummi: Panggil abang masuk, pakai pampers.
Putera M: Ha? Ha? Tu...abam!
Ayah: Hariri..Hariri.. Meh pakai pampers.
(Bangun dan keluar)
Ayah: Mana Hariri ni?! Takdak!
Ummi: Ha? Abang mana, adik?!
Ayah cepat2 keluar rumah meninjau ke perigi depan rumah.
Kebetulan kedua-dua pintu dapur terbuka semasa
kami semua lepak dalam bilik selepas mandikan putera M dan putera H.
Terjerit-jerit kami memanggil putera H.
Dada Ummi sudah berombak kuat.
Jantung berdegup selaju-lajunya.
Tinjau ke belakang rumah, tiada.
Tinjau ke jalanraya pun tiada.
Takkanlah cepat benar larinya.
Tak pernah putera H keluar tanpa memberitahu kami.
Tak pernah juga dia keluar walau pintu terbuka,
terutama ketika ayahnya ada di rumah.
Ummi masuk semula ke rumah. Ayah pun masuk juga.
Kami saling tertanya ke mana hilangnya putera H.
Putera M terpinga-pinga melihat ummi yang mula cemas.
Ummi capai tudung di para kain. Ayah jenguk seimbas belakang pintu.
Pun tiada putera H di situ.
Airmata ummi dah mula bertakung di birai mata.
Sebelum masuk ke ruang dapur, sekilas ummi menjenguk ke belakang
pintu yang telah dijenguk oleh ayah sebentar tadi.
Ummi: Allah!! Hariri...kat sini melekatnya...
Entah apa dirajukkannya, putera H elok aje melekat di belakang
pintu ke dapur.
Matanya elok melihat ikut celah pintu itu.
Pasti aje dia melihat kami terkejar-kejar dan hampir panik memanggilnya.
Entah bagaimana ayahnya tidak nampak putera H di situ.
Barangkali disebabkan putera H berbogel dan warna kulitnya
hampir sama dengan warna daun pintu.
Hampir 10 minit juga kami mencarinya.
Sudahnya kami terlewat dengan janji pergi kenduri bersama atuknya.
Lewat lebih setengah jam hingga kami hanya berselisih di jalanan sahaja.
Alahai putera H...
Jumlah Paparan Halaman
Selasa, 29 November 2011
Ahad, 20 November 2011
The parcel for my dotter...
Sibuk2 siapkan dokumentasi di pejabat,
sempat juga aku menyediakan dan mengepos bungkusan buat puteri.
Puteri minta rencah masakan segera.
Sempat juga aku beli satneka rencah adabi, brahims, nyonya, dan entah apa lagi...
kiub ikan bilis, kerepek...
Harap2 tak jadi serbuklah kerepek pisang tu nanti...
kalau jadi serbuk, aku dah suruh puteri makan dengan sudu je.
kekeke...
Kelmarin, ayahnya balik.
Bawa pula belacan, ikan bilis, dan pen.
Kata puteri, tempatnya itu tiada pen.
Jadinya, kenalah ayahnya beli sebundut pen untuknya.
Belacan, sudah ku bakar dan ikan bilis sudah ku pack kecil2.
Petang ini, semuanya sudah siap dibungkus untuk dipos.
Maka, puteri akan menerima 2 batch parcel berturut-turut...
emm...kasihan puteri...
mesti dia cemburukan kawan2 yang sudah pasti
tak berhenti menerima parcel dari tanahair.
Mudah-mudahan puteri gembira menerima
bungkusan ini nanti.
Aku buat seperti yang pernah bonda buat untukku dulu...
Demi seorang anak...
dan aku, si ibu yang semakin memahami erti pengorbanan seorang ibu,
rasa dan emosi seorang ibu.
Masyaallah!
Khamis, 17 November 2011
Melankolis
Tengahari tadi waktu berkejar ke suatu tempat
antara ofis dan tempat tumpuan umum...
aku berasa hiba tiba-tiba.
satu hari nanti aku akan tinggalkan tempat penuh kenangan
suka-duka ini.
Tiada lagi tempat di mana aku boleh berkejar mendapatkan perkhidmatan
perubatan dan kesihatan di dalam waktu kerja.
Boleh juga mencari kawan2 untuk preskripsi ubat2.
Usung beg macam nak pegi holiday untuk masuk wad.
Siap singgah ofis sebelum berjalan sendirian ke wad.
Sengih2 macam kerang busuk bila bos dan kawan2 ziarah
aku di wad.
Boleh masuk wad kelas 1 dan dapat bilik seorang sambil tengok tv
dan pangku baby dengan selesa...
aduhai...
Boleh juga, lari dari wad ke pejabat...
kalau mahu, boleh juga ke perpustakaan...
sempat sembang2 dengan kawan2 di jalanan...
Ermmm....
Jika ini yang terbaik untuk dunia dan akhirat hamba,
juga terbaik untuk rumahtangga dan keluarga hamba...
berilah kecukupan dalam setiap rezki-MU...
berilah kemudahan dan keberkatan walau di mana jua hamba berada..
Wahai Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui !

Isnin, 14 November 2011
Hai-hai...
Cuti dah habes...
Dah puas main dengan puteras di 'little house' kami.
Sampai tak mau tinggal dengan mak lang dah...
Pagi isnin yang sedikit muram ni...
ada pekerja cafe tanya aku...
"Kak ni, keje ke...belajar lagi?".
"Saya?"
"Ha'ah"
"Keje..."
"Owh, ingatkan belajar...".
Hiks!
Muda lagi rupanya aku ni...
Ahkak yang sorang tu jangan jeles tau...
kekeke.
Rabu, 2 November 2011
Macam-macam rencah...
Bulan Okt-Nov ni memang banyak hal.
Selain sibuk uruskan 'little house', kerja di pejabat pun menimbun.
Rasa letih sangat 325x.
Dan sekarang, waktu tulis blog ni, masih belum breakfast atau lunch.
Lapar dan dahaga dan letih dan bohsan...
Ada cerita yang buat aku bosan hari ni.
Tapi takpelah...
Malas nak layan...
Petang nanti abang balik...
nak ambil pintu yang kami tempah di sini.
Esok nak pasang dah...
Cukuplah kepulangan abang buat hati yang layu
kembali mekar.
Apapun, semoga ALLAH swt mempermudahkan
segala urusan kami...insyaallah.
Jom makan ABC special...
kat mana ek?

Langgan:
Catatan (Atom)