Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 11 Oktober 2011

Oktober datang lagi...

Masuk bulan oktober dah rupanya...
Cepat je masa berlalu...

Awal bulan baru ni, besday abang...
tak sempat buat persediaan apapun...
hadiah spesel pun tiada....
demam, batuk, lelah...
termasuk si kecil putera M
yang sehari 2-3 kali kena ambik neb di A&E.

Bulan ni, makin bz...
kalau tak bz pun, buat2 le bz sebab banyak aktiviti
melibatkan pelbagai perkara.

Kena siapkan macam2.
Audit pun macam2 jenis dah sejak 2-3 bulan ni.
Penat susun fail, siapkan dokumen.

Bulan ni, kalau boleh malas nak sentuh bab poligami.
Ramai yang sensitif, tak boleh nak terima hakikat...
biarpun yang menempuhnya bukan mereka sendiri.

Kes MNM, dengarnya dah selesai di mahkamah.
Macam biasa...wanita perlu jaga harga diri dan maruah.
So, kalau suami pujuk nak berbaik depan hakim pun...
tak usahlah berbaik dah.
Lepas dah sah pisah, ajarlah anak2 supaya bencikan ayah dan mak barunya.
Itu lebih elok berbanding berbuat baik dengan bekas suami
dan asuh anak2 jadi anak yang solehin.

Emo plak aku...hehehe
Mane tak emo, aku kena kejut beberapa minit lagi tengahmalam
untuk dengar cerita ni...
lepas dengar, pencerita tidur sedap2, aku pulak terkebil2
sampai jam 1 lebih.
Tu belum masuk kena bangun 2 kali lagi untuk buat susu puteras.
Huhuhuhu...

Apapun, aku harap hidup semakin baik.
Harap juga semua kerja dapat diselesaikan mengikut
deathline.
Satu lagi, aku sangat2 berharap dapat pergi kenduri
di rumah mak saudara di Taiping, depavali ni.
Teringin nak makan nasi kenduri...
nak jumpa saudara-mara...
tak nak sembang pun takpe, asalkan aku dapat lihat
wajah2 yang aku rindu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan