Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 23 Oktober 2011

Lagi-lagi putera...





Malam tadi, waktu kami suami isteri tengok tv



sambil layan puteras main...



Abang : Dah besar anak kita kan...bila tengok H dah pandai kayuh basikal...



Aku: Emm..yelah kan? dulu kita berdua je... sekarang dah riuh rumah.






Kami saling tersenyum.



Alhamdulillah...bahagia dan tenang rasa hati.



Melayan karenah puteras memang mencabar.



Selain memenuhi keperluan emosiku sebagai seorang ibu...



selalu juga mereka mencabar kesabaranku.




Putera H sudah pandai malu dalam sesetengah aspek.




Dia tak boleh tengok ummi dan ayah duduk rapat2...




Nanti dia akan senyum sumbing malu2...





Putera M suka menyanyi dan menari.



Pantang dengar lagu rancak sikit, mulalah bergoyang badan ikut



rentak lagu.



Menyanyi di mana-mana pun boleh, dalam kereta,



sedang mandi, sedang main, kadang-kadang mengigau nyanyi



tengah tidur....

Tapi kalau sakit, dua-dua akan minta jampi.
Cukup dengan baca bismillah, hembus kuat-kuat, dan kata "Dah!".
Legalah sakitnya dan muka pun ceria semula.


Kedua-duanya sudah pandai berkomunikasi.

Abang guna BM+BI + jargon.




Adik guna vokalisasi + jargon + BM.





Abang, kalau baik...baik sangat.



Memang abang yang penyayang.





Adik nanges sebab ummi pegi mandi,



abang akan pujuk sambil gosok2 belakang adik yang sedang berguling.



Kalau makanan dalam mulut pun, sanggup luah semula



dan beri pada adik.


Tapi kalau tiba hangin kus-kus...



Mulalah buat perangai "Aku kan abang...!".



Rampas mainan.



Pukul adik.

Marah adik sampai adik menangis mendengu-dengu...




Adik pun begitu juga...

Tapi adik ni, aku perhatikan banyak beralah berbanding abang.

abang sedang tengok tv disuapkannya makan.

Dia tak payah makan pun takpe...

Kalau abang menanges nakkan mainan di tangannya,

dia akan rela hati bagi pada abang.

Mukanya pun selamba aje...tak kisah pegi cari mainan lain.


Tapi kalau bergaduh, macam budak besar.


Pijak2 kaki, sepak2, tampar2.


last sekali, abang gigit adik.


Adik menjerit nanges meraung-raung.


berbekas gigi, kadang2 siap tinggal parut.


Huhuhu...

Macamana nak tangani anak kuat gigit ni ye?





Kadang-kadang, aku nak puteras cepat besar


supaya aku tak perlu pening kepala layan karenah mereka.





Kadang-kadang aku rasa nak puteras lambat besar


supaya masa indah ni kekal lama...





Kadang-kadang aku bimbang, aku tak sempat lihat


puteras membesar...tak dapat lihat puteras berjaya




dalam hidup, tak dapat pegi bawa rombongan



meminang bakal menantu, tak dapat tengok puteras atas pelamin...




Aduhai...jauhnya aku berangan kan?


;P sob..sob..sob...

Khamis, 20 Oktober 2011

Metabolisme turun

Semenjak dua menjak ni,
kadar metabolisme semakin menurun.
Nak menulis di blog pun malas je rasanya.
Nak main dengan putera pun tak larat.
Nak jawab telefon pun mengantuk je rasanya....
huhuhu

Perlu buat sesuatu untuk kembalikan kecergasan ni.

Selasa, 11 Oktober 2011

Oktober datang lagi...

Masuk bulan oktober dah rupanya...
Cepat je masa berlalu...

Awal bulan baru ni, besday abang...
tak sempat buat persediaan apapun...
hadiah spesel pun tiada....
demam, batuk, lelah...
termasuk si kecil putera M
yang sehari 2-3 kali kena ambik neb di A&E.

Bulan ni, makin bz...
kalau tak bz pun, buat2 le bz sebab banyak aktiviti
melibatkan pelbagai perkara.

Kena siapkan macam2.
Audit pun macam2 jenis dah sejak 2-3 bulan ni.
Penat susun fail, siapkan dokumen.

Bulan ni, kalau boleh malas nak sentuh bab poligami.
Ramai yang sensitif, tak boleh nak terima hakikat...
biarpun yang menempuhnya bukan mereka sendiri.

Kes MNM, dengarnya dah selesai di mahkamah.
Macam biasa...wanita perlu jaga harga diri dan maruah.
So, kalau suami pujuk nak berbaik depan hakim pun...
tak usahlah berbaik dah.
Lepas dah sah pisah, ajarlah anak2 supaya bencikan ayah dan mak barunya.
Itu lebih elok berbanding berbuat baik dengan bekas suami
dan asuh anak2 jadi anak yang solehin.

Emo plak aku...hehehe
Mane tak emo, aku kena kejut beberapa minit lagi tengahmalam
untuk dengar cerita ni...
lepas dengar, pencerita tidur sedap2, aku pulak terkebil2
sampai jam 1 lebih.
Tu belum masuk kena bangun 2 kali lagi untuk buat susu puteras.
Huhuhuhu...

Apapun, aku harap hidup semakin baik.
Harap juga semua kerja dapat diselesaikan mengikut
deathline.
Satu lagi, aku sangat2 berharap dapat pergi kenduri
di rumah mak saudara di Taiping, depavali ni.
Teringin nak makan nasi kenduri...
nak jumpa saudara-mara...
tak nak sembang pun takpe, asalkan aku dapat lihat
wajah2 yang aku rindu...