Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 25 Julai 2011

Baiti...




sumber: google



Alhamdulillah...

weekend lalu bermula sudah projek cottage kami.

Sempat kami buat doa selamat di tengah2 tanah lapang tersebut

pada pagi 23 Julai 2011 yang lalu.

Penat bukan main sebab kena bangun awal untuk masak.



Juadah pagi itu cuma...



-pulut (kak ipar 3 masak)


-rendang pedas daging (tn punya blog masak)


-ikan rebus goreng ala new castle (tn punya blog juga masak)


-bihun goreng (pun tn punya blog masak)


-nasi lemak (kak ipar 2 masak)


-sambal bilis (anak kak ipar 2 masak) -sambal 'bestest' ever!!


-kuih 2 jenis (abang tempah)


-air teh (kak ipar 3 sediakan)




Mujurlah ada orang sudi volunteer nak buat makanan yang lain tu.

Kalo tidak, mau pengsan dibuatnya.

Ni pun tengah demam urat lagi...tapi kene datang keje jugak. huhuhuhu...



Alhamdulillah, dalam jam 9 pagi...tiang yang pertama telah didirikan.

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan selamat.

Jika tiada aral, Raya Haji nanti barulah kami boleh masuk cottage ni.

Rabu, 20 Julai 2011

Anak-anakku...

Pagi kelmarin dan malam tadi, bila duduk je di sofa mengadap tv
mesti ada bau hancing.
Malam tadi paling kuat baunya...naik perit hidung.
Bau air kencing yang dah kering.
Naik pening kepala dibuatnya...

Lepas putera H dan putera M tidur malam tadi...
operasi mengemop pun dijalankan.
Entah bila la anak bertuah 2 orang ni kencing kat tepi tv ni.
Kalau putera H terkencing, biasanya dia akan bising2 bagitau ummi.
Kalau di nampak putera M kencing pun dia akan bagitau juga.
Tapi, ni mesti putera M yang terkencing dan putera H tak tahu.
Ummi lagi la tak tahu.
Sedar2 ada bau je...

Bila dah mop dan lap semua kabinet tv, stool, tepi dan bawah sofa...
barulah lega hidung ni.
Mujur juga sofa jenis kulit, kalau kain...alamat hapak le baunye.

Dalam kereta pun, 2 minggu lepas putera H tabur susu hampir setengah tin
di tempat duduk belakang.
Ummi nyaris je tak dressing cam tarzan.
Tapi suara memang high pitch hampir juga vocal abuse.
Memang geram sangat2.
Mujur lagi kerusi kulit...bolehlah dilap walaupun tak 100% bersih.
Rupanya celah2 kerusi dalam kereta, sangat susah untuk dibersihkan.
Huhuhu...

Apapun, itulah anak-anakku...




Putera's @ PD_Mei 2011


Isnin, 18 Julai 2011

Aktiviti putera

Setiap hari aktiviti putera dimulakan dengan ...

Hi 5










Kemudian kami keluar...putera-putera ke taska dan ummi ke pejabat.



Sampai rumah waktu petang, sambil makan-makan putera akan menonton...
















Kemudian...








Kemudian...










Kemudian...




















Kemudian...


















kemudian




Word World...



Kemudian entah apa-apa lagi..., ulang lagi ...ulang lagi...dan lagi...


sampailah mata mengantuk...





Dalam tidur pun kekadang putera M akan panggil nama kartun-kartun ni...


Sejak weekend tempohari, dalam kereta pun dah pandai nyanyi lagu Dibo dan Agen Oso...


Kalau weekend lagi ganda...Pagi sampai malam dibo, higglytown, oso, pororo...8 kali lagi...


huhuhu...


Sampai ummi dan ayah pun asik sembang perihal kartun-kartun ni je sepanjang hari...

Ahad, 10 Julai 2011

In a cottage...

In a cottage in a wood...
Lagu ni lagu zaman sekolah rendah dulu...
Selalu aje terngiang-ngiang di telinga tatkala terkenang
zaman dulukala.
Dulu nyanyi siap dengan gerak tangan lagi...
Tapi sekarang cuma ingat sikit aje rangkap lagu dan gerakan tangan.

Sebenarnya bukanlah pasal lagu yang nak diceritakan...
Tapi tentang hasrat dan impian kami suami isteri untuk membina
sebuah cottage aka villa...
Kalau aku sebut villa...nanti orang ingat kami nak bina banglo.
Sedangkan abang pun ketawa bila aku sebut villa padanya...
tambah pula along yang juga turut tergelak bila dengar villa...
Hakikatnya, hanya sebuah cottage untuk kami singgah waktu cuti di kampung.

Insyaallah, besar harapan kami mudah-mudahan semuanya siap sebelum Aidilfitri nanti.
Cuma beberapa ujian besar yang melanda keluarga kami sejak awal Jun lalu
menyebabkan beberapa perubahan dilakukan.
Tanah sudaj siap dibersihkan, beberapa barang sudahpun ditempah oleh kontraktor.
Jika tiada aral...Insyaallah semuanya akan dimulakan minggu hadapan.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang insan yang lemah...
walau sering aku ingatkan diri supaya bersederhana...
tapi aku tetap juga mengumpul maklumat dan gambar dalaman rumah
yang cantik dan moden...
Seringkali juga abang mengingatkan...kita buat kecik je, takut tak cukup nak
beli barang dalaman...
Neway, mudah-mudahan ada kesabaran dalam memilih barang nanti...
jangan sampai over budget dan berlebih-lebihan serta membazir.

Villa ini akan menjadi pusaka buat kedua putera kelak.
Semoga mereka akan ingat kampung halaman sendiri.
Teringin nak letak nama untuk villa ini...
Ada sesiapa nak beri cadangan?
Villa ...

Dipersilakan.