Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 10 Februari 2011

Rasa

Kebelakangan ini banyak perkara yang membuatkan aku berfikir.
Berfikir dengan jauh mendalam.
Dalam-dalam sehingga kadangkala keluar kesimpulan yang mungkin
hanya tuduhan semata-mata.

Beberapa bulan lalu...

Ada seorang kawan bercakap tentang jodoh.
Bukan jodoh dia.
Bukan juga jodoh orang lain.
Tapi, jodoh aku.

Eh! aku kan dah kawen?
Dah ada 2 orang putera hati dah pun...

Katanya, aku salah pilih jodoh.
Tak sesuai...
Tak sama baya...

Lebih teruk daripada itu, dia menceritakan pulak "kisah silam" aku.
Eh?! dia ni tukang tulis biografi akukah?
Seingat aku, setiap plot ceritanya itu...langsung jauh terpesong daripada
versi asal.
Seingat aku juga, aku tidak berkongsi kisah dengan sesiapa pun.
Kecuali sekelumit dalam blog ini.

Kemudian aku tersedar,
Oooo...patutlah banyak sinar mata curiga yang aku temui kebelakangan ini.

Jadi untuk menjawab persoalan di atas...
Sama ada jodohku betul atau tidak, sesuai atau tidak sesuai...
silalah baca blog genta rasa .

Beberapa minggu lalu...

Putera-putera hatiku diserang demam dan diarrhea.
Kerap bercuti sejak akhir bulan disember hingga pertengahan bulan Januari.
Terpaksa memejamkan mata walau hakikatnya "pejabat sedang diserang garuda"
ketika itu. Sebahagian besar pegawai akademik bersengkang mata siang malam.
Terpaksalah...zuriatku lebih penting berbanding perkara lain.
Sukar hendak dibayangkan jika terpaksa kehilangan permata hati
yang dikandung dengan segala susah payah dan hampir bergadai nyawa untuk melahirkannya.

Beberapa hari lalu...

Aku dimarahi gara-gara cuti kecemasan yang diambil untuk menjaga dan merawat putera-puteraku.
Ayat-ayat yang masuk ke pendengaranku termasuklah...

1. ayat perintah
2. ayat ugutan
3. ayat tanya (soalan kepada budak-budak layaknya)

Betul. Tapi janganlah sampai menidakkan takdir.
Takdirnya, zuriatku sakit serentak.
Masakan aku sebagai ibu mahu meninggalkan juga mereka di bawah jagaan orang lain.
Bolehkah aku fokus pada kerja jika keadaan mereka memang kritikal pada ketika itu?

Cutiku bukanlah untuk berseronok atau bersenang-lenang di rumah.
Juga paling utama, bukanlah dengan niat untuk lari dari beban kerja di pejabat
yang memang aku tahu amat-amat memerlukanku bersama.

Lupakah sudah sebelum ini aku pernah membawa Putera H bermalam di pejabat
gara-gara kerja urgent. Pada masa sama sedang sarat juga mengandungkan Putera M.
Kalau seorang dan masih bayi, bolehlah aku usung ke sana ke mari zuriatku itu.
Ini berdua, besar dan banyak karenah pula. Sekejap2 menangis...sekejap2 merengek...
Sanggupkah mereka dengar semua itu kalau kubawa zuriatku selepas waktu pejabat.

Dan aku "DIARAHKAN" supaya "ADJUST" hidup aku.
Nak adjust apa?
zuriatku bukan sakit sepanjang masa.
Cuma kali ini jadinya banyak kali dan serentak pula.
Dan aku juga bukanlah buat kesalahan.
Cuti adalah hak aku.
Kerjaku langsai dan insyaallah elok sempurna (daripada sudut pandangan diri sendiri).
Nyaris sahaja arahan itu tidak bercampur dengan cadangan cara untuk meng-"adjust"
hidup aku.
Jika disambung...alamat meletuslah gunung berapi.

Kesimpulan yang kudapat daripada insiden2 di atas...
jangan tunjuk rendah diri, simple, atau nampak teruk di mata orang.
jangan ikut sahaja telunjuk orang walau bos sendiri selain waktu pejabat.
jangan terlalu murah hati, baik hati sehingga orang senang2 boleh membuli.
Dan yang paling penting...
Jangan sampai BP aku naik mencanak dan aku melawan bos sendiri kelak!
huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan