Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 28 Februari 2011

Chak..Aaaa!

Minggu lalu,
aku pulang mengambil Putera H di kampung.
Putera M yang sudah lama kerinduan,
tertidur nyenyak sepanjang perjalanan.
Alhamdulillah, mudah membawa seorang,
berbanding dua orang yang kalau
salah seorang terjaga, sama ada akan menangis dengan
kuat, atau "Chak..Aaaa!" pada seorang lagi.
Akhirnya dua-dua jaga dan mula buat perangai.

Sampai di kampung, waktu beri salam depan
pintu rumah Mak lang, putera H tercengang-cengang
melihat ummi dan adik di luar rumah.
Sebaik masuk dan meletakkan adik di depan putera H...
pantas saja, putera H meluru memeluk dan mencium adiknya.
Putera M yang kerinduan bukan main lebar lagi senyumannya.
Duduk berhadap-hadapan sambil saling mencuit pipi masing-masing.
Entah bahasa rindu apa yang diluahkan kedua beradik ini.
Baru umur 21 bulan dan 10 bulan dah pandai kerinduan bila berjauhan.

Balik ke rumah kami,ummi bertanya...
ummi : abang sayang ke adik ni...?
putera H : ayam!
ummi: ooo sayang...pandai anak ummi.

Bila ummi tidurkan adik,
sebaik adik lena,
putera H: tutu...tutu...(sambil tarik tangan ummi)
Ummi: ok...jom buat susu.
Tiba di luar bilik, sambung main sendirian dan enggan minum susu yang dah dibancuh.
Huh! pandai buat alasan nak elak tidur.

Mudah-mudahan Allah swt memelihara serta merahmati anak-anak ummi
dunia dan akhirat.

Ahad, 20 Februari 2011

Adjust...

Pagi tadi ayah bawa Putera H balik kg.
Putera H demam.

Ada banyak kemungkinan dia demam...
1. Nak tumbuh gigi geraham
2. Tidur tak pakai selimut...sejuk.
3. Aircond dah 3 bulan tak sempat nak cuci.
4. Rindu pada ayah...bila nangis, panggil ayah.
5. Tahan lapar...tak nak makan, tapi asik sibuk main.
(alasan ke-5 ni, bila tanya...dia jawab "hah"...huhuhu)

Apapun, memang kami tak keluar rumah sepanjang hujung minggu,
kecuali petang kelmarin, ayah ajak keluar.
Jadi, bukan sebab panas atau cuaca di luar.

Putera M semakin bijak.
Dah pandai ajuk percakapan orang.
Tak tepat, tapi dah ada bunyi.
Kadang2 bila sedang memandu dan sibuk sebutkan nama benda di sepanjang
jalan untuk Putera H, tiba2 akan terdengar suara putera M dari tempat duduk
belakang, ikut sebut nama benda yang ummi sebut.
Kadang2 boleh jadi terkejut sebab ada suara lain yang menyampuk.
Rupa2nya putera M...suara putera M lebih "besar' sikit berbanding
suara putera H yang lembut dan sedikit "halus".

Dah mula nak memanjat.
Seronok kalau dapat lepas di lantai.
Pandai lambai dan sebut "babai".
Pandai tepuk tangan tanpa atau bila dengar lagu pok amai-amai.
Sibuk saved perilaku abang H-nya.

Petang nanti, sudah pasti putera M akan tercari2 abang H kesayangannya tu.
Tak adalah abang H-nya yang suka sangat sayang pipi dia pagi2, sepanjang minggu ni.

Dan ayah, sangat gumbira dapat bawa putera H balik kg.
Huhuhu...

"Tidakkah kau mengerti hati seorang ibu wahai suamiku...
yang sentiasa inginkan zuriatnya membesar dan berada di hadapan
mata setiap waktu...
yang berasakan zuriatnya akan selamat sentiasa apabila berada
bersamanya...
yang mengimpikan tiada satu saat pun masa2 membesar zuriatnya
terlepas daripada pandangan matanya...
Namun, aku sedar...
suamiku hanya mahukan yang terbaik...
memberi ruang rehat buat seorang isteri...
memberi ruang untuk bernafas...
dan memberi ruang untuk sang isteri meng-ADJUST diri! "

Khamis, 10 Februari 2011

Rasa

Kebelakangan ini banyak perkara yang membuatkan aku berfikir.
Berfikir dengan jauh mendalam.
Dalam-dalam sehingga kadangkala keluar kesimpulan yang mungkin
hanya tuduhan semata-mata.

Beberapa bulan lalu...

Ada seorang kawan bercakap tentang jodoh.
Bukan jodoh dia.
Bukan juga jodoh orang lain.
Tapi, jodoh aku.

Eh! aku kan dah kawen?
Dah ada 2 orang putera hati dah pun...

Katanya, aku salah pilih jodoh.
Tak sesuai...
Tak sama baya...

Lebih teruk daripada itu, dia menceritakan pulak "kisah silam" aku.
Eh?! dia ni tukang tulis biografi akukah?
Seingat aku, setiap plot ceritanya itu...langsung jauh terpesong daripada
versi asal.
Seingat aku juga, aku tidak berkongsi kisah dengan sesiapa pun.
Kecuali sekelumit dalam blog ini.

Kemudian aku tersedar,
Oooo...patutlah banyak sinar mata curiga yang aku temui kebelakangan ini.

Jadi untuk menjawab persoalan di atas...
Sama ada jodohku betul atau tidak, sesuai atau tidak sesuai...
silalah baca blog genta rasa .

Beberapa minggu lalu...

Putera-putera hatiku diserang demam dan diarrhea.
Kerap bercuti sejak akhir bulan disember hingga pertengahan bulan Januari.
Terpaksa memejamkan mata walau hakikatnya "pejabat sedang diserang garuda"
ketika itu. Sebahagian besar pegawai akademik bersengkang mata siang malam.
Terpaksalah...zuriatku lebih penting berbanding perkara lain.
Sukar hendak dibayangkan jika terpaksa kehilangan permata hati
yang dikandung dengan segala susah payah dan hampir bergadai nyawa untuk melahirkannya.

Beberapa hari lalu...

Aku dimarahi gara-gara cuti kecemasan yang diambil untuk menjaga dan merawat putera-puteraku.
Ayat-ayat yang masuk ke pendengaranku termasuklah...

1. ayat perintah
2. ayat ugutan
3. ayat tanya (soalan kepada budak-budak layaknya)

Betul. Tapi janganlah sampai menidakkan takdir.
Takdirnya, zuriatku sakit serentak.
Masakan aku sebagai ibu mahu meninggalkan juga mereka di bawah jagaan orang lain.
Bolehkah aku fokus pada kerja jika keadaan mereka memang kritikal pada ketika itu?

Cutiku bukanlah untuk berseronok atau bersenang-lenang di rumah.
Juga paling utama, bukanlah dengan niat untuk lari dari beban kerja di pejabat
yang memang aku tahu amat-amat memerlukanku bersama.

Lupakah sudah sebelum ini aku pernah membawa Putera H bermalam di pejabat
gara-gara kerja urgent. Pada masa sama sedang sarat juga mengandungkan Putera M.
Kalau seorang dan masih bayi, bolehlah aku usung ke sana ke mari zuriatku itu.
Ini berdua, besar dan banyak karenah pula. Sekejap2 menangis...sekejap2 merengek...
Sanggupkah mereka dengar semua itu kalau kubawa zuriatku selepas waktu pejabat.

Dan aku "DIARAHKAN" supaya "ADJUST" hidup aku.
Nak adjust apa?
zuriatku bukan sakit sepanjang masa.
Cuma kali ini jadinya banyak kali dan serentak pula.
Dan aku juga bukanlah buat kesalahan.
Cuti adalah hak aku.
Kerjaku langsai dan insyaallah elok sempurna (daripada sudut pandangan diri sendiri).
Nyaris sahaja arahan itu tidak bercampur dengan cadangan cara untuk meng-"adjust"
hidup aku.
Jika disambung...alamat meletuslah gunung berapi.

Kesimpulan yang kudapat daripada insiden2 di atas...
jangan tunjuk rendah diri, simple, atau nampak teruk di mata orang.
jangan ikut sahaja telunjuk orang walau bos sendiri selain waktu pejabat.
jangan terlalu murah hati, baik hati sehingga orang senang2 boleh membuli.
Dan yang paling penting...
Jangan sampai BP aku naik mencanak dan aku melawan bos sendiri kelak!
huhuhu...

Ahad, 6 Februari 2011

KALAH...


Ada orang kalah mati dalam pertarungan.

Huhuhuhu...

Nasib ko lah...

Nak buat cemane kan?!


Samalah macam cik ti yang terjerat dek kepala

ikan rebus goreng minggu lepas.
Innalillah...