6 hari sudah kami berkampung di wad.
Puteri demam panas.
Bengkak2 mata ummi menangis risaukan Puteri.
Ada 9 hari lagi sebab doktor di GH penang dah on antibiotik untuk Puteri.
So, kami sambung di Hospital Grik pulak untuk habiskan baki antibiotik.
6 hari berkampung di wad,
macam2 ragam kehidupan yg dapat dilihat dan dengar.
Sedih, gembira, mengejutkan...bagai-bagai ragamnya.
Kalau sekadar lihat...
aku lihat anak gadis yang sangat cantik, comel...kalau remaja kelak,
tentu jelita orangnye...
Tapi mungkin bukan normal...senyum dan ketawa tiba2...
mungkin autistik...ibunye letakkan dia diluar tingkap wad (wad di ground floor)
waktu dia menjerit tak henti2 lepas mandi. Lepas dia diam, barulah ibunya angkat
dia masuk ke dalam semula.
Ibu bapa menangis sama-sama bila tahu keputusan ujian oleh doktor...
berpeluk dan menangis hiba...
kita pun rasa nak nanges sama bila tengok situasi sebegitu.
Yang didengar lagi macam2...
Syukurlah kita ni diberi rahmat oleh ALLAH...
sebab orang lain lebih teruk dari kita.
Isteri yang mengandung saban tahun...
anak susun paku.
pernah di'mandrem' oleh bekas madu.
Tapi disayangi suami...
sanggup pula bela anak tiri sebab bimbang diapa2kan bapa tirinya.
Isteri tentera.
Anak sakit, suami hanya diberi cuti 4 hari untuk lihat anak di wad.
Anak pula ada komplikasi jantung, perlu ulang-alik ke IJN.
Isteri yang berhenti kerja.
Jaga anak yang dah 3 bulan berkampung di hospital.
Ada masalah jantung berlubang.
Baru lepas operation...demam dah kebah...baru nak balik dah demam semula...
kena sambung lagi kehidupan di wad.
anak yang sangat cantik, rambut perang, kulit putih susu.
Tentu sahaja kesayangan atuk nenek...
tapi dek sebab kesayangan, maka anak ini selalu dibawa keluar oleh nenek...
demam lagi...kesian ibunye sebab keluarga tidak memahami masalah anak2 yang ada masalah jantung ni...
Suami kehilangan isteri...
Jaga anak di wad, malam2 tidur dgn 3 orang anak kecil berderet di bawah katil anak yg sakit.
Ibu anak2 ini selalu menelefon, tapi enggan balik dan menjaga anak2 yang tak tahu apa2 ni...
Ada juga dengar anak2 ini mengigau memanggil mak mereka sewaktu tidur.
Ayah beri anak usia setahun lebih minum susu pekat manis sahaja...
barangkali masih belum bercerai susu dengan ibunya.
Dengarnya si isteri menfailkan perpisahan di mahkamah syariah...
ingin bersama dengan lelaki lain...barangkali yg lebih kaya berbanding suami sekarang.
Ibu tunggal.
Anak hasil hubungan haram. Usia baru 17 tahun.
Ditipu lelaki dayus yg kononnya cintakannya tetapi selepas mengandung, lari dan enggan bertanggungjawab.
Anak demam, usia 1 tahun ++. Dah sembuh masih ditahan di wad sebab malnutrisi.
Maknye beri susu badan, tapi susu dah sangat kurang. So, misi bagi susu tambahan.
JKM tuntut anak ini sebab maknye bawah umur.
Tapi si emak sangat sayangkan anaknye walaupun cara didikan yg diberi kurang memuaskan.
Oleh sebab si emak mahukan anak ini, atuknye terpaksa tandatangan sebagai penjaga sah.
Kasihan sangat sebab si emak adalah anak mangsa perpisahan, hidup porak-peranda, pelajaran tiada,
hanya harapkan belas kasihan orang. Besarkan anak dengan bekerja di kedai makan dan sewa bilik sebagai tempat tinggal.
Maha Suci ALLAH.
DIA sahajalah yang mampu melindungi kita semua.