Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 25 September 2013

Semester baru sudah bermula

Lama tak menulis di sini.
Banyak cerita ingin dikongsi. Tetapi, kekangan terlalu pula banyaknya.
Terpaksa dahulukan yang utama...
Mohon maaf dan terima kasih kepada yang sudi bertandang.
InsyaALLAH saya akan bercerita di sini apabila ada kelapangan dan peluang.
Semoga kita semua dalam Rahmat dan keampunan ALLAH swt sentiasa.

Jumaat, 13 September 2013

Isteri...renungkanlah.

Catatan ini hanya untuk nota diri sendiri.
Jika memberi manfaat kepada pembaca blog ini...silalah ambil iktibar.

Beberapa minggu ini kami dihujani dengan beberapa berita yang kurang enak didengar.
Apa beritanya...biarlah kami sahaja yang tahu.
Aku sendiri sebagai isteri, ibu dan ada kerjaya pula...tercuit juga dengan hal yang berlaku.
Hal yang berlaku itu, aku simpulkan seperti di bawah:

1. isteri mengabaikan rumahtangga
Pengabaian bukan hanya menyerahkan tugas masak-memasak kepada suami (walaupun memang dalam Islam tidak wajib isteri memasak), tetapi termasuk urusan lain dalam rumahtangga. Contohnya, jaga anak. Ada isteri yang keluarkan kenyataan "aku dah kendong 9 bulan, dah lahir hang jagalah pula". Tempat tidur pun diabaikan juga..."Gaji pun sebulan sekali, takkan nak XXX tiap-tiap hari?". Alasan tidak memasak disebabkan tak minat masak, selalu cuba resepi tapi tak pernah jadi.

2. Isteri banyak bagi prasyarat kepada suami
Prasyarat ini jika tidak ditunaikan, suami terpaksa rela tidur sendirian, gigit jari peluk bantal.

3. Isteri banyak membangkang
Setiap apa2 kenyataan yang keluar daripada mulut suami, mertua, iar-duai tidak dihadam terlebih dahulu sebaliknya dibangkang sambil mencebik-cebik bibir tanda tidak bersetuju.

4. Isteri bekerjaya
Kerja pejabat bawa balik ke rumah dan jadi alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab di rumah. Kerja banyak, penat, letih, menyebabkan masing-masing banyak buat hal sendiri-sendiri di rumah sedangkan masa yang ada sangat berkualiti untuk memupuk rumahtangga yang bahagia.

5. Isteri enggan berubah
Cara hidup zaman remaja terbawa-bawa hingga usia 40-an. Tak perlu berubah sebab menyangka suami suka dengan tingkahlaku dan cara hidup tidak teratur yang terbawa-bawa hingga ke ke tua.

InsyaALLAH catatan ini akan disambung lagi nanti...
Moga ALLAH tidak putus memberi peringatan kepadaku...Amin.

Khamis, 5 September 2013

Ayah

Sumber: facebook
 
 Sangat terkesan bila tengok gambar ni di fb tadi. Seorang ayah mengangkat beg yg entah berapa puluh kg untuk anaknya yg mendaftar di IPTA hari ahad lepas. 

Barangkali jika lihat si ayah berkorban tenaga begini, barulah si anak terasa sedikit terharu dengan pengorbanan ayahnya...Atau barangkali langsung tidak berasa apa2 sebab berasakan, sudah tanggungjawab ayah untuk memudahkan anaknya.

Usah pandang remeh 'daulat' seorang ayah... Tanpa kita sedar, barangkali kita sudah menyakiti hatinya...memperlekehkan pengorbanannya...mempersia-siakan kasih-sayangnya...Dan tanpa sedar juga kita sudah menderhaka kepadanya...
 
Jika dengan lelaki lain, kita boleh bercakap lemah-lembut, berbudi-bahasa dan menjaga perasaannya...mengapa dengan ayah kita tidak boleh berbuat yang sama?
 
Lalu bila ALLAH swt tunjukkan dengan pelbagai peringatan...adakah kita sedar dan segera memohon ampun kepada ayah?