29.3.2013; 11.30am
Aku nak masak. Tapi hati aku sakit.
Lagi 2 minggu dah nak bersalin...tapi ada orang timbulkan isu...
macam sengaja nak aku dan abang bergaduh.
Aku risaukan anak2 sendiri pun jadi salah besar. Mentang2lah aku anak yatim piatu...
takleh ngadu pada sesiapa, takleh minta tolong pada orang lain...
sesuka hati je putar belit ayat2 aku.
Double standard plak tu... kalau nak mintak tolong mesti adik diorang je yang boleh
cakap...patutlah bila aku gesa2 minta tolong, sebab nak beli pampers habis atau susu habis...
trus tarik muka atau siap bagi hints kata taknak jaga budak...aku faham...tapi dulu siapa yang menyanggup? sekarang bila dah jadi kenyataan, siap adegan tarik muka, marah2, dan sekarang ni buat isu plak. Cakap jelah terus-terang tak nak tolong aku sebab aku bukan adik diorang. Tak payah buat isu.
30.3.2013; 1.14am
Sambung semula...
Finally, aku dan abang bermasam muka tengahari tadi. Abang kata, berbincang...
tapi hati aku memang tahap mendidih. Aku sebut semua yang aku cakap dengan keluarga dia hari tu.
Bila aku rasa abang memang tak nak dengar dan terima penjelasan aku...terus aku jadi malas nak bercakap.Kalau dia nak menangkan adik-beradik dia...biarlah.
Tapi lepas ni kalau aku buat tak layan je...jangan marahkan aku. Diorang yang nak aku buat begitu.
Dah banyak tahun aku sabar dan merendah diri. Kata macam2 pun aku diam dan beralah. Benci pun aku hadap juga pergi rumah diorang. Tapi kali ni...bila aku risaukan anak2 aku sebab aku tahu anak2 aku susah nak jaga...hiperaktif...niat aku nak ringankan beban diorang je sementara aku kat wad tempohari...plus, aku tetiba jadi takut dengan bayangan yang bukan2...tapi diorang putar belit ayat aku dan mengadu pada abang macam aku buat dosa besar...minta maaflah kalau aku malas nak peduli perihal korang lagi dah... bak kata seseorang "tak rugipun tak baik dengan diorang".
Ambik tuala, masuk bilik air...nangis puas2. Keluar...siap2. Masak, hidang dan tunggu abang makan lepas dia balik solat jumaat. Lepas tu aku bawa putera M tido sampai lewat petang. Putera H macam biasa...tak tido petang kalo dok di kg. Dia seronok ikut ayahnya solat asar dan g kenduri.
Alhamdulillah...malam ni hati rasa tak marah pada abang lagi. Tengok movie sama2, kemudian aku suruh je dia balik sebab dia dah banyak malam dengan kami. Aku memang dah sarat dan tak larat. Tapi, aku malas nak dengar kisah orang 'kurang kasih sayang' dan 'terbiar'...
Nanti ada pulak isu baru timbul kalau orang tengok abang hari2 dok dengan kami je...
Bosan kan?!!
Jumlah Paparan Halaman
Sabtu, 30 Mac 2013
Selasa, 26 Mac 2013
Ujian demi seorang zuriat...
Alhamdulillah. Pagi ni dah boleh duduk di rumah. Tapi masih pening2 kepala bila buat kerja.
Apa nak buat...dah 7 hari dok berehat kat katil hospital. Kerja pejabat menimbun nak disiapkan.
Lagi 2 minggu, baru sampai masa melahirkan. Tapi nak sampai 2 minggu itu macam2 perkara berlaku. Sakit sedikit pun dah boleh melarat jadi teruk.
Puteras terpaksa tinggal di kg. Hari2 telefon tanya bila ummi nak balik. Sekali dua tanya, ummi masih boleh jawab dengan elok. Masuk kali ketiga, airmata ummi turun macam hujan lebat. Rindu sungguh!
Semalam, bila abang datang ambil di hospital...dia pun buat drama macam anak2 jugak. Lama sangat 7 hari kan? Kesian abang dan anak2... Puteras pun dah pandai sebut rindu kat ummi masa ummi sampai nak ambil diorang di rumah mak langnya.
Lagi 2 minggu, tinggal lagi puteras...kesian diorang. Nak bawa, tak boleh...nanti ayahnya tak sempat pula.
Apapun, hanya doa dan tawakkal sahaja kepada ALLAH swt yang dapat dibuat. Mudah-mudahan kami semua selamat walau di mana jua kami berada. Amin!

Khamis, 14 Mac 2013
Menghitung hari
Wah! macam lagu Kris Dayanti pulak... hehehe
Tinggal beberapa minggu je lagi, kami akan menyambut kehadiran ahli keluarga baru.
Badan pun makin mudah lelah...tapi semangat nak siapkan kerja.
Ada sedikit lagi yang perlu disiapkan.
Harap-harap, sebelum minggu terakhir bulan Mac ni, semua dah selesai.
Barang-barang pun dah masuk dalam beg.
Cuma beg baju ummi je yang belum siap sepenuhnya...
Oleh sebab merancang nak bersalin di HUSM lagi, maka stok baju kena banyak.
HUSM tak sediakan baju pesakit...tak tahulah kot dapat budget baru dan sudah ada bangunan dobi sendiri ni, ada pulak uniform pesakit.
Kalo masuk GH atau MH, Penang... baju pesakit memang mewah.
Mewah sebab bila2 rasa nak tukar boleh tukar. Stok berlambak2. Bawa baju nak discaj je...
Seronok jugak kalo camtu, kan?
Beg baby dah siap sebulan yang lalu. Tapi dah dekat 10 kali buka dan punggah semula...
Setiap kali punggah, ada je barang yang ditukar atau ditambah...sudahnya, beg dah padat...macam nak kena tukar beg lain je...huhuhu...
Selasa lepas pegi lagi ke Klinik Dr Tan.
Scan lagi...sesekali dia bagi tengok imej 4D...seronok sangat bila dapat lihat baby gerak2. Tapi muka tak jelas sangat sebab tali pusat dok depan hidung. Ummi rasa kali ni, anak ummi besar. Lebih kilo daripada abang Putera M...abang Putera H usah bandinglah kan...memang kalah punye...
Dr bagitau...baby dah 2.2 kg. Bila dia tunjuk jantina...dia siap pesan..."ini jangan ubah lagi aaa??". Hahaha! dia tahu aku tak berapa percaya dengan hasil scanner dia...Sorrylah Doc, Dr kat HUSM sudah kasi saya kompius ooo...! Apa2pun, ummi redha (baca: belajar redha) apapun yang ALLAH swt beri nanti.
Tarikh lahir nampaknya, mungkin sama dengan abang Putera M atau kakak Najihah. Ahad ni ke HUSM, tunggu Dr bagi tarikh...tapi macam nak adjust le kalo boleh...Kalo ikut Dr Tan, tarikh untuk ceaser seeloknya 10 hari sebelum duedate...Hmmm...cam takde harapan je nak adjust lewat sket. hehehe...
Kalo dapat, sehari dua ni nak beli barang2 terakhir untuk masuk dalam beg ummi. Harap ada orang sudi jaga abang Putera H dan Putera M....

Langgan:
Catatan (Atom)