Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 25 Januari 2011

Putera H dan Putera M

Alhamdulillah, akhirnya setelah seminggu bergelumang dengan diarrhea dan muntah Putera H dan Putera M, akhirnya ALLAH swt sembuhkan mereka.

Letih benar rasanya terpaksa membasuh baju 3-4 trip sehari...
cadar 5-6 kali basuh jemur, basuh jemur, dan basuh lagi...
kain batik berhelai2 buat lapik dan kotor...
mop lantai rumah 2-3 kali sehari...
aduhai... pancit dibuatnye...

Apapun, ummi serik nak beli makanan kat luar lagi dah.
Kasihan putera H yang memaang sangat fragile terpaksa drip 2 kali.
Semuanya gara-gara enggan makan dan minum.
nak suap air bercampur garam ORS pun terpaksa guna syringe dan dipaksa.

Putera M mudah sikit...
tak banyak songeh.
Lapar je minta makan...
minum tak memilih...
cuma ubat je dah pandai tolak.
Kena paksa juga macam abang putera H-nya.
Terselamatlah putera M daripada dehidrasi.

Bawa putera H ke jabatan A&E jam 10 malam dan bermalam di wad sementara,
terasa kesian dan kelakar.
Masuk jarum drip siap kena bungkus dengan blanket.
kemudian menjerit-jerit "Buba! Buba! Buba!...".
setiap kali tengok salur drip di tangan.
Mujurlah ummi faham bahasa Jerman...
ummi pun pujuk..."Ye..ye...nanti kita buang ye...kita suruh kakak
misi buang jauh2 ye...".
pujuk banyak2 kali gitu...barulah putera H diam dan terus tidur sampai subuh.

Kali kedua drip, teriak sekejap masa masuk jarum je.
Dia dah kenal tempat, dan tahu proses yang perlu dilaluinya...
jadi, ummi bawa dan tunggu putera H sendirian dari jam 7 malam hingga 11.30 malam.

Alhamdulillah, sudah sihat.
Termasuk ummi dan ayah yang diarrhea juga kelmarin sehingga terpaksa MC
sebab tak larat sangat.

Ahad, 16 Januari 2011

Wallaweh...

Tahun 2011 dah masuk hari ke-16 hari ini.

Weekend yang baru lalu sangat memenatkan.
Selain melayan karenah putera2 yang makin lasak...
sibuk juga menyiapkan rumah yang masih belum siap2 lagi.
Ada aje yang tak kena di mata...
Langsir tak menarik la...
meja tak berlapik la...
kain baju tak berlipat usah cerita la...
Lazim bagi wanita bekerja, kalau kain tak berlipat bertimbun
dalam bakul sementara menanti hari cuti.

Sibuk2 mengemas rumah...
Putera H pula sama sibuk mengusung kotak ke sana ke mari.
Kotak lapik aircond yang dibuat oleh ayahnya...
Buat apa dengan kotak tu?
Hmmm...bermula jam 9 pagi, putera H hampar kotak depan
ummi dan putera M juga sama sibuknya.
Solat..."allahuakbar..."...takbir dan berdiri tegak sambil qiam tangan ke perut.
Takbir lagi dan sujud...
bangun duduk antara 2 sujud...tengok adik...
tengok ummi...bangun dan angkat takbir lagi...selesai.
Usung kotak lagi...sambil diikuti oleh putera M dari belakang...
Solat lagi depan tv...putera M meluncur atas kotak...
berhenti sekejap...tolak adik dan sambung solat semula....selesai...
setengah jam kemudian solat lagi...
angkat takbir terus sujud...semasa nak sujud bertahan dengan lutut...
tiba-tiba aje sujudnya bertukar arah ke kanan...
Ummi terpaksa pekup mulut tahan gelak...takut ganggu konsentrasi orang
tengah solat.
Dari pagi sampai malam...rasanya lebih sepuluh kali solatnya.
Kata Atuk, putera H solat sunat. huhuhu...

Putera M pula sibuk mengikut perlakuan abang.
Ke hulu ke hilir dengan walker...sangat Profesional.
Mulutnya riuh dan cepat aje tersenyum meleret bila diusik.
Kalau makan tak memilih langsung...
suaplah apa saja...semuanya boleh.
Sudah boleh duduk sendiri...
Ada masanya, jeles dengan abang yang terlebih manja.
Minta diangkat tatkala melihat abang diribaan ummi.
Pandai menegur...kadang2 melambaikan tangan tanda 'bye2'.
Suka ambil tangan ummi dan gigit.

Owh! melarat jauh benar...
sebenarnya cuma nak kongsi...
bapa dan mama akan ke teratak kami hujung minggu ni.
Dah lebih 4 bulan tidak bertemu...sejak aidilfitri lalu.
Sebab itulah banyak benar persiapan yang kami buat.
Abang sibuk dengan projek paip dan aircond-nya.
aku sibuk dengan persiapan dalam rumah.
putera2 sibuk kibun perkakas yang ummi dah susun...
Huhuhuhu...

Apapun, alhamdulillah syukur kepada ALLAH,
Putera M kembali sihat dan semakin lasak.

Isnin, 10 Januari 2011

2011_ Putera M

Assalamualaikum semua yang sudi berkunjung...
lama tak menulis...

Penutup dan pembuka tirai 2011 bagi kami sekeluarga ialah tragedi pada petang 30 Disember 2010.
Putera M demam panas dan jadi "nyetak" kata orang tempatan.
Jadinya di taska...sedang awalnya memang aku bercadang untuk mengambil
putera M untuk dibawa ke klinik.
Tetapi, tugasan "urgent" menyebabkan aku terperangkap di hadapan komputer
dan mesin cetak bersama kak L dan N.

Jam 2.23, tatkala telefon berbunyi dan tertera nama pengasuh putera M di taska.
Hati diamuk resah.
Sebaik telefon dijawab, suara cemas pengasuh putera M membuatkan aku terus bergegas keluar meninggalkan kerja yang sedang dihadap.
Sampai di taska, airmata sudah berhamburan keluar menyambut putera M yang kejang dan sejuk.
3-4 kali mendail no abang, akhirnya aku ambil keputusan memandu sendiri ke hospital dengan bantuan pengasuh putera M, walau hakikatnya seluruh tubuhku menggigil.

Sepanjang jalan sambil memandu, tangan tetap mendail no abang dan mulut tak henti2 memanggil putera M supaya dia terus sedar.
Sebaik dapat bercakap dengan abang, terasa sedikit kuat.
Terus sahaja kereta di halakan ke wad kecemasan.
Parking entah milik siapa, tak peduli.
Putera M kudakap sambil berlari hampir 100 meter.
Bagai ingin pecah dadaku melihat putera M ketika itu.

Keadaan putera M agak kritikal.
Saat aku dan ayahnya memanggil namanya, langsung tiada tindak balas.
jururawat melakukan sponging dan Dr terus menyuntik ubat.
serangan kali kedua berlaku selepas 10 minit serangan pertama reda.
kedua-duanya lebih 10 minit. "Kompleks", kata Dr yang merawat.
"kita buat Ct scan, kita jangka meningitis".
ALLAHU AKBAR...

Terbayang di mata pelbagai gambaran buruk.
Mimpi buruk 4-5 malam sudah kembali tertera di ruang ingatan.
Astagfirullah...

Sebaik putera M disuntik ubat tidur untuk ct scan, dia tersedu.
Pucat dan lesu wajah manisnya.
Runtuh hatiku dibuatnya.

Selesai scan dibuat, kami dapat melihat hasilnya di skrin.
Perbincangan pakar dengan pelajarnya tentang struktur kepala dan otak putera M
membuat hatiku terasa gugur satu-persatu.

Akhirnya selepas hampir 3 jam di wad kecemasan, putera M disorong masuk ke wad.
Banyak juga ujian yang dibuat.
Akhirnya pada hari ketiga, semua ujian menunjukkan tanda negatif.
ALHAMDULILLAH.

Hari keempat, Dr sahkan "febrile fit".
Putera M perlu dijaga sebaiknya jika diserang demam lagi.
Besar kemungkinan akan berlaku serangan sawan lagi kelak.

ALLAH...
bila melihat adik membuka mata dan memeluk ummi,
tiada kata-kata yang sebaiknya untuk mengucapkan tanda kesyukuran ummi.
4 malam di wad, putera M dikenali ramai.
Senyumannya, tangis manjanya, lirikan matanya...membuat kakak2 misi tergoda.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH....

Hari ini, putera M kembali aktif dan ceria.
Gusi bawahnya membengkak, mungkin gigi susu akan keluar tidak lama lagi.

Putera H, seminggu berada di kg, tinggal dengan Mak lang.
Manjanya bukan kepalang...kehendaknya tidak boleh dihalang.
Tantrum...
dan ummi pun mula bermain psikologi kanak-kanak dengan putera H.

Walau apapun, ummi dan ayah akan sentiasa mendoakan kesihatan, keselamatan, dan rahmat ALLAH swt buat zuriat-zuriat kami dunia dan akhirat.
Amin.