Assalamualaikum semua yang sudi berkunjung...
lama tak menulis...
Penutup dan pembuka tirai 2011 bagi kami sekeluarga ialah tragedi pada petang 30 Disember 2010.
Putera M demam panas dan jadi "nyetak" kata orang tempatan.
Jadinya di taska...sedang awalnya memang aku bercadang untuk mengambil
putera M untuk dibawa ke klinik.
Tetapi, tugasan "urgent" menyebabkan aku terperangkap di hadapan komputer
dan mesin cetak bersama kak L dan N.
Jam 2.23, tatkala telefon berbunyi dan tertera nama pengasuh putera M di taska.
Hati diamuk resah.
Sebaik telefon dijawab, suara cemas pengasuh putera M membuatkan aku terus bergegas keluar meninggalkan kerja yang sedang dihadap.
Sampai di taska, airmata sudah berhamburan keluar menyambut putera M yang kejang dan sejuk.
3-4 kali mendail no abang, akhirnya aku ambil keputusan memandu sendiri ke hospital dengan bantuan pengasuh putera M, walau hakikatnya seluruh tubuhku menggigil.
Sepanjang jalan sambil memandu, tangan tetap mendail no abang dan mulut tak henti2 memanggil putera M supaya dia terus sedar.
Sebaik dapat bercakap dengan abang, terasa sedikit kuat.
Terus sahaja kereta di halakan ke wad kecemasan.
Parking entah milik siapa, tak peduli.
Putera M kudakap sambil berlari hampir 100 meter.
Bagai ingin pecah dadaku melihat putera M ketika itu.
Keadaan putera M agak kritikal.
Saat aku dan ayahnya memanggil namanya, langsung tiada tindak balas.
jururawat melakukan sponging dan Dr terus menyuntik ubat.
serangan kali kedua berlaku selepas 10 minit serangan pertama reda.
kedua-duanya lebih 10 minit. "Kompleks", kata Dr yang merawat.
"kita buat Ct scan, kita jangka meningitis".
ALLAHU AKBAR...
Terbayang di mata pelbagai gambaran buruk.
Mimpi buruk 4-5 malam sudah kembali tertera di ruang ingatan.
Astagfirullah...
Sebaik putera M disuntik ubat tidur untuk ct scan, dia tersedu.
Pucat dan lesu wajah manisnya.
Runtuh hatiku dibuatnya.
Selesai scan dibuat, kami dapat melihat hasilnya di skrin.
Perbincangan pakar dengan pelajarnya tentang struktur kepala dan otak putera M
membuat hatiku terasa gugur satu-persatu.
Akhirnya selepas hampir 3 jam di wad kecemasan, putera M disorong masuk ke wad.
Banyak juga ujian yang dibuat.
Akhirnya pada hari ketiga, semua ujian menunjukkan tanda negatif.
ALHAMDULILLAH.
Hari keempat, Dr sahkan "febrile fit".
Putera M perlu dijaga sebaiknya jika diserang demam lagi.
Besar kemungkinan akan berlaku serangan sawan lagi kelak.
ALLAH...
bila melihat adik membuka mata dan memeluk ummi,
tiada kata-kata yang sebaiknya untuk mengucapkan tanda kesyukuran ummi.
4 malam di wad, putera M dikenali ramai.
Senyumannya, tangis manjanya, lirikan matanya...membuat kakak2 misi tergoda.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH....
Hari ini, putera M kembali aktif dan ceria.
Gusi bawahnya membengkak, mungkin gigi susu akan keluar tidak lama lagi.
Putera H, seminggu berada di kg, tinggal dengan Mak lang.
Manjanya bukan kepalang...kehendaknya tidak boleh dihalang.
Tantrum...
dan ummi pun mula bermain psikologi kanak-kanak dengan putera H.
Walau apapun, ummi dan ayah akan sentiasa mendoakan kesihatan, keselamatan, dan rahmat ALLAH swt buat zuriat-zuriat kami dunia dan akhirat.
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan