Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 23 Disember 2010

DISEMBER 2010

2011 BAKAL MENJELMA 8 HARI LAGI.
TIADA APA YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI DI SINI...
CUMA TERMANGGU SEKETIKA DARIPADA KESIBUKAN MENYIAPKAN
TUGASAN 'URGENT' DAN TERINGAT SEGALA KENANGAN 2010.

ABANG

MASIH SELALU SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI DAN TANGGUNGJAWAB.
BANYAK JUGA BERKONGSI RASA DENGANKU KEBELAKANGAN INI.

YANG PASTI, ABANG PALING GEMBIRA KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN
PUTERA KEDUA KAMI, MUHAIMIN PADA PERTENGAHAN APRIL 2010 YANG LALU.
IMPIAN MENDAPAT RAMAI ZURIAT LELAKI TERMAKBUL JUGA...
BERTAMBAHLAH KERIUHAN DI RUMAHTANGGA KAMI DENGAN LAHIRNYA
PUTERA HARIRI DAN PUTERA MUHAIMIN.

DAN LEBIH PASTI, ABANG SEAKAN SELALU TERJERAT DENGAN KELETAH PUTERA SULUNG KAMI.
RINDUNYA MEMUNCAK TIAP KALI TERINGAT KELETAH NAKAL DAN MANJA PUTERA H.
ACAPKALI JUGA SELEPAS MENDENGAR SUARA PUTERA H MENGUCAPKAN 'ALLAHU AKBAR' DI TELEFON,
ABANG AKAN PULANG KE RUMAH KAMI.

AKU

AKU MASIH JUGA DI SINI. MELUNASKAN SEGALA TANGGUNGJAWABKU DI PEJABAT DAN DI RUMAH.
ALHAMDULILLAH, ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN YANG TIADA TANDINGANNYA KEPADAKU UNTUK
MENGURUSKAN URUSAN HARIAN SERTA MEMBESARKAN PUTERA H DAN PUTERA M.

KENAKALAN, TANGISAN, KEMANJAAN, SAKIT, DAN SENYUMAN MEREKALAH YANG MEMBUATKAN DIRIKU
TERUS GAGAH BERDIRI. BIAR WAKTU SESAKIT MANA SEKALIPUN, DEMI KEDUA PUTERA INI, KUGAGAHI JUA
UNTUK BANGUN.

MESKIPUN BANYAK TOHMAHAN DAN CACIAN YANG KUTERIMA, ALHAMDULILLAH SEMUA ITU TIDAK MENCACATKAN
AKU. JUGA TIDAK SAMA SEKALI MELEMAHKAN AKU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUPKU.
CUMA YANG LEMAH IALAH SEMANGATKU UNTUK PULANG KE KAMPUNG. LEMAH SEBAB SUDAH TIADA SIAPA
DI SANA.

RINDU PADA BONDA TAK PERNAH SURUT. MALAH SEMAKIN MEMBUAK-BUAK. MALAHAN SEWAKTU HAMPIR
MELAHIRKAN PUTERA M JUGA SAMA SEPERTI WAKTU MELAHIRKAN PUTERA H SETAHUN LALU,
INGATAN PADA BONDA SANGAT KUAT TAK TERBENDUNG. SELALU JUGA WAKTU BERBARING DI KATIL HOSPITAL,
AKU AKAN MENGIRING MENUTUP MUKA DENGAN BUKU YANG KUBACA MENYEMBUNYIKAN TANGIS RINDU DAN CEMBURU. CEMBURU APABILA MELIHAT IBU-IBU LAIN, ADA BONDA YANG MELAWAT DAN MENYUAPKAN MAKAN MEREKA.

DAN HARI INI, AKU TETAP JUGA TEPU DENGAN BEBAN KERJA DI PEJABAT YANG TIDAK PERNAH SURUT.
PELUANG BERBENGKEL SELAMA 2 HARI MINGGU LALU, TIDAK KULEPASKAN.
SEMPAT JUGA BERJALAN-JALAN DENGAN ABANG DAN PUTERA-PUTERA KAMI.
SYUKRAN YA ALLAH.


PUTERA H

SEMAKIN MEMBESAR. BERAT SUDAH MENJANGKAU 11 KG. SUDAH BERUSIA HAMPIR SETAHUN 7 BULAN.
SUDAH MENGENAL BENDA TETAPI SECARA UMUM. SUDAH BOLEH MENYEBUT BEBERAPA SUKU KATA.
SANGAT RAJIN 'MENOLONG' WAKTU UMMI ATAU AYAH BUAT KERJA.

SUKA NAIK WALKER WALAU DAH PANDAI BERJALAN SENDIRI.
TETAPI ADA JUGA MASANYA, WALKER NAIK PUTERA H TERUTAMA BILA NAK MELANGKAH BENDUL ATAU
WAKTU DIA TERASA NAK BERJALAN DAN WALKER MELAMBATKAN PERGERAKANNYA.

MEMANGGIL SEMUA HAIWAN ... AUNG.
MENGENAL SEMUA JENIS KENDERAAN ... TEN.

MALAHAN, TURUT MEMICIT PACAT YANG NAIK KE MUKANYA WAKTU SIBUK MENOLONG AYAH
MEMBAIKI PAIP AIR, SAMBIL MENGHULURKAN PACAT TERSEBUT KEPADA AYAH, MULUTNYA TAK HENTI-HENTI
MENYEBUT AUNG...AUNG...AUNG...

KALA NAIK KERETA, SELALU PUTERA H MENYEBUT AUNG...TAPI KAMI TIDAK NAMPAK.
SELEPAS DIPERHATIKAN BETUL2 RUPA-RUPANYA MEMANG ADA KUCING DI SEBERANG JALAN, DI SEBALIK KERETA,
ATAU DI MANA-MANA TEMPAT YANG SELALU TIDAK TERPANDANG OLEH KAMI.

PANDAI JUGA BERMAIN DAN MEMUJUK ADIK, PUTERA M. MALAH PANDAI JUGA MENGUSIK KAMI SEMUA.

SEMUA ITU MEMBUATKAN AKU DAN ABANG SERING KERINDUAN DAN INGIN SELALU CEPAT PULANG KE RUMAH.


PUTERA M

uSIA SUDAH MENJANGKAU 8 BULAN LEBIH. SUDAH PANDAI MENIARAP ASKAR. LAJU DAN ENGGAN DIPEGANG. SUDAH MEMBEBEL DENGAN MAJUNYA.
PANDAI MEMEGANG BOTOL SENDIRI SEJAK 1 MINGGU LALU. SUDAH MULAI JARANG 'BERGOMBENG'.
PRO NAIK WALKER. SUKA MEMERHATI TINGKAHLAKU ABANG H-NYA. SUKA MAKAN NASI KANJI DAN SUP.
SUKA AMBIL TANGAN UMMI ATAU AYAH DAN GIGIT DENGAN GUSI TAKDE GIGINYA ITU.
SUKA KETAWA BILA UMMI MAIN TOLEH-TOLEH WAKTU MEMANDU KERETA.

SELALU JUGA UMMI KELIRU, SEBAB SUARA PUTERA M LEBIH KUAT DAN BESAR DARIPADA PUTERA H.


SETAHUN BERLALU...
MUDAH-MUDAHAN TAHUN HADAPAN AKAN MEMBERI SINAR YANG LEBIH CEMERLANG BUAT KAMI SEKELUARGA.
SEMOGA ALLAH HINDARKAN KAMI DARIPADA FITNAH DAN DENDAM SESIAPA SAHAJA DARIPADA KAMI.
SEMOGA REZEKI KAMI BERTAMBAH...DAN AKU BERPELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN.
SEMOGA ANAK-ANAK UMMI TERUS MEMBESAR SEBAGAI ANAK YANG SOLEHIN, BERIMAN, BERILMU,SIHAT,
CERDIK,BERAKAL, SENTIASA BERBAIK PAKAT ADIK-BERADIK, SERTA SELALU DOAKAN UMMI DAN AYAH
DUNIA DAN AKHIRAT.

AMIN.

SELAMAT TINGGAL KENANGAN...
AKAN KUSIMPAN KEJAP SEGALA NOSTALGIA YANG BERLALU.
DAN AKAN KUJADIKAN PEDOMAN UNTUK MENEMPUH HARI ESOK.

HAMPIR KUTERLUPA...HARI INI, TARIKH INI...
SELAMAT ULANGTAHUN....ABANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan