Catatan ini hanya untuk nota diri sendiri.
Jika memberi manfaat kepada pembaca blog ini...silalah ambil iktibar.
Beberapa minggu ini kami dihujani dengan beberapa berita yang kurang enak didengar.
Apa beritanya...biarlah kami sahaja yang tahu.
Aku sendiri sebagai isteri, ibu dan ada kerjaya pula...tercuit juga dengan hal yang berlaku.
Hal yang berlaku itu, aku simpulkan seperti di bawah:
1. isteri mengabaikan rumahtangga
Pengabaian bukan hanya menyerahkan tugas masak-memasak kepada suami (walaupun memang dalam Islam tidak wajib isteri memasak), tetapi termasuk urusan lain dalam rumahtangga. Contohnya, jaga anak. Ada isteri yang keluarkan kenyataan "aku dah kendong 9 bulan, dah lahir hang jagalah pula". Tempat tidur pun diabaikan juga..."Gaji pun sebulan sekali, takkan nak XXX tiap-tiap hari?". Alasan tidak memasak disebabkan tak minat masak, selalu cuba resepi tapi tak pernah jadi.
2. Isteri banyak bagi prasyarat kepada suami
Prasyarat ini jika tidak ditunaikan, suami terpaksa rela tidur sendirian, gigit jari peluk bantal.
3. Isteri banyak membangkang
Setiap apa2 kenyataan yang keluar daripada mulut suami, mertua, iar-duai tidak dihadam terlebih dahulu sebaliknya dibangkang sambil mencebik-cebik bibir tanda tidak bersetuju.
4. Isteri bekerjaya
Kerja pejabat bawa balik ke rumah dan jadi alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab di rumah. Kerja banyak, penat, letih, menyebabkan masing-masing banyak buat hal sendiri-sendiri di rumah sedangkan masa yang ada sangat berkualiti untuk memupuk rumahtangga yang bahagia.
5. Isteri enggan berubah
Cara hidup zaman remaja terbawa-bawa hingga usia 40-an. Tak perlu berubah sebab menyangka suami suka dengan tingkahlaku dan cara hidup tidak teratur yang terbawa-bawa hingga ke ke tua.
InsyaALLAH catatan ini akan disambung lagi nanti...
Moga ALLAH tidak putus memberi peringatan kepadaku...Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan