Alhamdulillah. Pagi ni dah boleh duduk di rumah. Tapi masih pening2 kepala bila buat kerja.
Apa nak buat...dah 7 hari dok berehat kat katil hospital. Kerja pejabat menimbun nak disiapkan.
Lagi 2 minggu, baru sampai masa melahirkan. Tapi nak sampai 2 minggu itu macam2 perkara berlaku. Sakit sedikit pun dah boleh melarat jadi teruk.
Puteras terpaksa tinggal di kg. Hari2 telefon tanya bila ummi nak balik. Sekali dua tanya, ummi masih boleh jawab dengan elok. Masuk kali ketiga, airmata ummi turun macam hujan lebat. Rindu sungguh!
Semalam, bila abang datang ambil di hospital...dia pun buat drama macam anak2 jugak. Lama sangat 7 hari kan? Kesian abang dan anak2... Puteras pun dah pandai sebut rindu kat ummi masa ummi sampai nak ambil diorang di rumah mak langnya.
Lagi 2 minggu, tinggal lagi puteras...kesian diorang. Nak bawa, tak boleh...nanti ayahnya tak sempat pula.
Apapun, hanya doa dan tawakkal sahaja kepada ALLAH swt yang dapat dibuat. Mudah-mudahan kami semua selamat walau di mana jua kami berada. Amin!
Salam dik, akak harap segalanya berjalan dengan baik. Kalau kita masih berjiran takpe, akak boleh buli hang..hehe....
BalasPadamsalam kak, meh la kita berjiran lagi...kita leh saling buli-membuli...hahaha
BalasPadam