Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 22 September 2011

Suami: Adakah dikau memahami?

Kalau 2 N3 sebelum ini cerita tentang isteri.
N3 hari ini akan cerita tentang suami.

Lelaki yang berpoligami amat berat tanggungjawabnya.
Jika isteri2 tidak bekerjasama memahami dan bertolak-ansur,
beban suami akan bertambah berat.
Isteri yang enggan beralah, dan masih bergantung penuh kepada suami
hanya akan menyusahkan suami dalam berlaku adil.
Lebih2 lagi bagi isteri yang sengaja menyusahkan suami
atas niat membalas dendam...

Tetapi, pada masa sama...
adakah suami ini memahami antara keperluan (tanggungjawab) dan kehendak?
Macam kita belajar ekonomilah layaknya...
keperluan itu sesuatu yang MESTI...
tetapi kehendak itu sesuatu yang tidak penting, jika ada; alhamdulillah...
jika tiada, tak mengapa.

BAB NAFKAH
Yang ini keperluan yang wajib ada.
Tak kira isteri gaji besar atau gaji kecil;
suami kena beri nafkah zahir.

Tak kira isteri tua atau isteri muda;
suami kena bagi nafkah batin.
Kalau tidak, tu yang asyik meroyan tak tentu pasal.

BAB ANAK
Ini juga keperluan.
Lebih2 lagi anak2 yang masih kecil, sebab waktu inilah
waktu kritikal anak2 memperoleh/acquired semua perkara.
Jika tidak dijaga sebaiknya, jangan salahkan ibu yang mengandung
dan mengasuh.
Sebab anak2 ini tahu/belajar/cerna sendiri semua perkara yang dilihatnya.

Kalau anak2 dah besar masih kena pampered macam baby...
memang payahlah...
Tanggungjawab ibulah pula memberi input sesuai, supaya
anak2 ini tahu beralah dan tahu tanggungjawab ayahnya lebih
besar untuk adik2 yang masih kecil.

Tapi kalau ibu tak nak beralah, anak pun sama macam ibu,
ibu pun tak nak didik anak supaya memahami tanggungjawab besar sang ayah...
ayah pula ikut aje rentak anak-beranak ni...
Allah sahajalah yang Maha Pengampun.

BAB GILIRAN

Ada suami yang jenis pertama ni...
Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat - isteri 1
Sabtu -isteri 2 dan anak2
Ahad - isteri 1 dan anak2

Jenis kedua...
Isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat - isteri 1 & isteri 2 & anak2
Sabtu, ahad - family day (sebab dua2 isteri hubungan baik)

Jenis ketiga...
7 hari seminggu - isteri baru
ATAU
7 hari seminggu -isteri 1
(sebab isteri tak tahu dah nikah baru)

Jenis keempat...
12 jam seminggu/ terutama hari ahad - isteri baru
(sebab isteri 1 tak bagi keluar rumah)

Jenis kelima
Berselang hari untuk setiap rumah.
Hari minggu juga berselang untuk setiap rumah.

Yang ni tengok nasiblah.
Ada yang nasib baik dapat jenis kedua atau jenis kelima.
Tapi kalau dapat jenis pertama dan keempat, memang malang.
Malang bagi isteri baru yang teraniaya...
Malang bagi anak2 yang masih kecil yang dilahirkan oleh isteri baru.

Lebih malang lagi, bagi jenis pertama...sudahlah PJJ,
bila balik dalam pantang atau bercuti lama di tempat suami...
suami berkeras nak buat sistem giliran...
Kononnya nak adil...padahal sebelum ni hari2 dah duduk dengan isteri 1.
Bak kata Nabil...Lu pikerlah sendiri!

Jenis ketiga, aku tak nak komen.
Pandai-pandailah jawab depan ALLAH kelak.

BAB RAYA
Bab ni memang sensitif.
Biarlah beraya berapa puluh kalipun sepanjang hidup...
kita tetap nak beraya dengan orang yang kita sayang.

Tapi kalau setiap tahun isteri pertama nak suami beraya dengan dia aje...
isteri baru terpaksa tunggu dah hujung2 raya baru dapat beraya dengan suami...
memang sedih.

Ada isteri baru yang sanggup tunggu suami untuk beraya bersama...
Raya pertama kalau suami tak balik lagi...tak pakai baju raya...
anak2 pun tidak dipakaikan baju raya sehingga ayahnya balik.
Kuih raya dan lauk-pauk raya je kena makan...sebab raya pertama haram berpuasa.
Kalau boleh puasa, mungkin isteri baru ni akan puasa juga sampai suami balik.

Tapi, ada juga suami yang jadi ralat.
Bilamana terpaksa beraya terlebih hari dengan isteri baru dan anak2...
walaupun baru kali pertama berlaku begitu...(raya tahun2 sebelumnya, banyak dengan
isteri 1 dan anak2); komplen direct dengan isteri baru..."tahun ni abang beraya banyak
hari dengan awak...".

Adakah sang suami ini pernah menyelami rasa hati isteri baru dan anak2
yang saban tahun beraya sekejap sahaja dengan suami dan ayah mereka?
Saban tahun beraya lambat berbanding orang lain. Saban tahun juga beraya merempat
di rumah saudara-mara sebab menunggu suami balik.

Sudahlah sepanjang raya terpaksa melihat muncung panjang sang suami yang
terang, jelas, nyata; tubuh badan aje ada depan mata tapi hati nun jauh dengan
isteri 1 dan anak2. Habis cuti raya terpaksa pula berjauhan sebab PJJ.
ALLAH sahajalah Yang Maha Mengetahui rasa hati seorang isteri sebegini.

BAB BAWA KE MAJLIS
Suami boleh bawa siapa yang dia suka...
Kalau hubungan isteri2 tak baik, tak perlulah bagitau sesiapa nak ke mana2.

Tapi ada pula suami yang sanggup telefon isteri, tanya nak bawa siapa ke majlis sekian2.
Tapi mulut masyarakat memang tak boleh tutup.
Ada segelintir masyarakat yang siap berpesan kepada sang suami supaya
bawa anak isteri 1. Maknanya suruh bawa isteri 1 lah tu.

Tak payahlah bagitau isteri baru... terang2 kita boleh nilai persepsi masyarakat
ini kepada isteri baru.
Kalau isteri baru pula, takkanlah nak jawab "bawalah saya, sebab saya muda lagi..."
atau "...sebab saya duduk dekat dengan tempat majlis diadakan" atau
"...sebab giliran saya malam ni".

Isteri baru pun ada harga dan maruah diri yang perlu dijaga.
Kalau sudah masyarakat beri label sebegitu (walaupun secara tak langsung),
buat apa nak terhegeh-hegeh tunjuk muka.

Eh! macam membebel pula N3 aku hari ni...
hehehe...

Apapun, point aku cuma satu...
Kalau poligami, pandai-pandailah menjaga hati semua pihak.
Jangan pentingkan diri sendiri...atau pentingkan sebelah pihak.
Kalau satu hari ALLAH balas semula...tentu lebih sakit rasanya.
Tak rugipun kalau memahami dan membantu sesama sendiri.

Wallahu'alam.

2 ulasan: