Kebelakangan ini, banyak juga situasi di luar jangkaan berlaku. Letih sangat2 sebab dalam keadaan semakin sarat ni...kena juga buat semua yang sepatutnya dah tak dibuat. Contohnya, memandu jauh hampir 300km sehari. Alhamdulillah, ketua yang baru amat memahami. Bukan aku sengaja nak buat begini...tapi situasi yang aku alami sukar nak dijelaskan pada orang lain. Tak mengapalah...apapun, pesananku berhati-hatilah apabila kita berada di luar rumah...tidak kira waktu berjalan, bekerja, mahupun ketika makan di restoran atau kedai.
Jauh melencong...
Terkenang kisah puteras yang semakin membesar. Semenjak 2 menjak ni, putera H asik gelar diri dia baby ayeye je kalau orang sebut perihal baby. Akalnya banyak sekali...
Dia faham dirinya seorang abang. Terlalu melindungi adik sampaikan kalau putera M buat sesuatu dan dia larang, jika tidak diturut, siaplah si adik jadi mangsa kemarahannya. Tak kiralah sama ada ditampar muka atau kalau marah sangat, digigit. Geram juga sebab aku sendiri pun tak main tampar atau gigit mereka kalau marah.
Putera H juga sudah boleh dibawa berbual. Ayatnya sudah kompleks. Dia juga tahu nak menjelaskan sesuatu dengan cara kefahamannya sendiri. Boleh bercerita tentang sesuatu yang dia sudah pelajari, lihat, atau diingatinya.
Tapi cuma satu aje... Putera H bertutur banyak menggunakan daun lidah. Bukan hujung lidah. Oleh sebab itu, ramai orang kata dia pelat walaupun sebenarnya sebutannya betul. Betullah pelat tu...pelat sedikit. Ada juga unsur manja dalam pertuturannya. Sebab itu jadi begitu.
Putera M pula lebih fasih. Sebutan pertuturannya jelas, suaranya ada masanya besar terutama kalau dia gelak. Banyak beralah dengan si abang. Jika abang tiada atau tidur barulah dia akan bermanja dengan ummi dan ayah atau bermain dengan benda yang sebelum ini dia teringin nak main tapi dimonopoli oleh abang.
Sikapnya sedikit menentang arus. Jika dilarang, akan lebih buat lagi. Kata abang, hanya kanak-kanak yang kurang kasih sayang aje akan menunjukkan ciri-ciri ini. Tapi putera M ni terlebih manja dah rasanya. Mungkin sebab abangnya lebih dominan menyebabkan dia rasa haknya terabai... Mulai minggu lalu juga, ayahnya dah buatkan tempat tidurnya di dalam kereta. Sebelum ini asik tidur atas riba ummi aje... nak kongsi tempat tidur dengan abangnya...ermmm jangan harap. Kami beritahu dia, ni tempat tidur adik...serupa macam abang ada tempat tidur.
Sebab utama buat tempat tidur ni ialah aku dah tak larat nak meriba dia tidur. Badang dah tinggi dan besar. Sakit pinggang, punggung aku meribanya walaupun duduk atas kusyen tebal. Lagi pula perut dah besar...senak dan tak cukup nafas dibuatnya.
Walaupun, ada sikap yang berbeza...tapi adik banyak ikut perbuatan abang. Kalau tak buat kang, abang marah. Sekarang ni putera H selalu banding perut dia selepas makan banyak dengan perut aku. Perut besar, katanya. Putera M pulak terkinja-kinja bila beritahu tentang baby. Bila tanya nak kawan dan main dengan baby tak? Kedua-duanya macam seronok sangat sambil lekapkan telingan ke perut ummi.
Apapun, ummi berdoa setiap hari mudah-mudahan ALLAH swt permudahkan segalanya setiap hari dan masa-masa akan datang. Semoga ummi dan ayah dapat mendidik dan mengasuh semua anak-anak ummi dan ayah menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin...
Jumlah Paparan Halaman
Khamis, 28 Februari 2013
Isnin, 25 Februari 2013
Cabaran tanpa pengasuh
Semenjak dua menjak ni, aku sangat tercabar dengan kesihatan diri dan juga anak-anak yang sedang ligat meneroka dan tiada pengasuh.
Macam2 yang bersimpang-siur dalam minda ni. Sampai pernah terjaga tiba-tiba dari tidur, jantung berdegup kencang...tekanan darah naik mendadak.
Bimbang dibuatnya mengenangkan kalau sakit bukan seorang tetapi berdua. Si kecil dalam kandungan ni perlu dijaga elok2 supaya dapat lahir setelah usianya 38 minggu. Tak ingin peristiwa kelahiran putera H dulu berulang lagi.
Menempuh hari2 tanpa mak ayah sangat mencabar. Segalanya tanpa bantuan kecuali mengharap belas ehsan ALLAh swt sahaja. Beruntunglah jika ada mertua yang sudi membantu.
Situasi aku, walau ada ipar yang sudi membantu...tetapi kalau adiknya ada...dia mahulah menjaga puteras. Kalau aku yang meminta, berat aje dia nak menolong. Burukkan persepsi aku terhadap ipar. Entahlah...tapi berdasarkan pengalaman...yang selalu merapatkan diri dengan mereka senang aje mereka menolak, tapi kalau yang mengutuk mengata di belakang, bukan main baik lagi layanan mereka. Kalah anak raja...
Huh! aku mengumpat di pagi-pagi separuh buta ni pulak. Apapun, aku sangat stress dan sedih sebab masa aku susah begini, sukar benar orang nak menolong. Masa aku senang, ramai pulak yang menempek2...
Entry sedikit berangin...

Jumaat, 22 Februari 2013
Jangan tak seterika tau...!!
Letih longlai pulang dari kerja kelmarin, abang menolong sidai baju yang sudah dibasuh dan uruskan anak2 yang sudah sehari suntuk tinggal dengan mak lang mereka.
Dapat baring sekarang ni memang satu nikmat yang tak terkata. Rasa tak nak bangun ...
Sambil baring dan sambil melayan rasa sedikit bersalah sebab terpaksa biarkan abang buat kerja rumah...
Esok nak bawa 3 helai baju batik... Kena pakai baju batik pulak.
Yang seterika siap dah habis pakai kan?
Haah...ummi tolong seterika ye?
Hehehe...malam ni dah tak larat. Esok pegi pukul berapa?
Pukul 8 dari sini...lepas subuh abang balik sini semula.
Pagi esoklah ummi seterika...
Oke...jangan tak seterika tau!!
Ai...pasal apa cakap macam tu?
Hehehe...pasal anak murid abang selalu jawab, jangan ok aje tau!
Oh! petrol kongsi2 ye....?
Lepas abang balik, jam 4.30 pagi aku terjaga. Putera M merengek mintak susu.
Terngiang-ngiang di telinga...jangan tak seterika tau!!
Cess! takkan pukul 4.30 pagi nak bangun seterika baju kot?
Lepas subuh esok ajelah...tapi suara abang terngiang-ngiang di telinga.
Sangat mengganggu rasanya...
Jam 6.30 terjaga. Terus aje bangun. Lepas solat subuh, terus mengadap meja seterika...
Jam 7.30 pagi, abang pulang...
Saayang isteri abang. Tolong seterikakan baju abang semua. Cukuplah stok 3 hari ni...
Maceeh...ayat 'jangan tak seterika tau!' buat orang takleh lena semalam...huhuhu...

Langgan:
Catatan (Atom)